Thursday 3 July 2014

KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA

Setiap kali hari perayaan tiba atau cuti sekolah, kemalangan jalan raya meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari biasa. Kerajaan telah mengambil pelbagai insentif termasuk memperkenalkan Ops Sikap yang ditukarkan kepada Ops Selamat yang bermula pada 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada tahun tersebut. Kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika kesedaran dalam diri pengguna jalan raya terutama pemandu dan penunggang motosikal kurang. Antara faktor mengapa mereka mengambil enteng tentang hal ini adalah kerana mereka tidak mementingkan papan tanda jalan raya. Pengambil-pengambil lesen samada memandu kereta atau menunggan kereta didedahkan kepada maksud papan tanda jalan raya ketika dalam proses mengambil lesen lagi. Selepas mendapat lesen, mereka tidak mempedulikan lagi papan tanda jalan raya. Papan tanda jalan raya dapat memberi petunjuk kepada pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan raya dengan betul dan berdisiplin . Papan tanda jalan raya juga dapat mengelakkan kehilangan nyawa pengguna jalan yang lain. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan kerugian yang besar bagi pesalah dan mangsa apabila kemalangan berlaku. Pengguna jalan raya yang mementingkan papan tanda jalan raya dapat menanamkan sifat bertimbang rasa terhadap orang lain. Selain itu, mereka juga akan tiba ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat apabila papan tanda jalan raya dipatuhi .

No comments:

Post a Comment